Tonggak QPR, Reyes Shaqeel Perkuat Malaysia
MakanBola
Reyes Shaqeel

Skuad muda Malaysia menerima sentuhan pemain kelab ternama England iaitu Queens Park Rangers FC.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 30 orang pemain ke kem latihan pusat Harimau Malaya B-16 menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2026 tidak lama lagi.

Skuad kendalian Javier Jorda Ribera memanggil 11 orang pemain dari Sekolah Sukan Malaysia Pahang, empat pemain dari SMK Taman Desa Skudai, Johor selain beberapa pemain dari serata Malaysia untuk membawa cabaran kali ini.

Tumpuan peminat bagaimanapun terarah kepada empat pemain muda negara yang beraksi di luar negara iaitu Reyes Shaqeel Emir (QPR), Kim Johan (Footballklubben Jerv), Mirza Arif (BISP Cruzeiro Football Academy) dan juga Keith Chan (San Jose).

Pemain berusia 16 tahun itu merupakan watak penting pasukan muda QPR dan boleh beraksi pada beberapa posisi seperti pertahanan kanan dan juga pemain tengah.

Beliau juga telah turun beraksi bersama QPR ketika aksi pra-musim menentang Manchester United di Carrington.

Sementara itu, seorang lagi permata bola sepak negara yang terus mendapat panggilan ialah pemain tinggi lampai, Kim Johan.

Pemain berusia 16 tahun itu kini berkelana di Divisyen 2 Norway selain ibunya merupakan orang Penang. 

30 orang pemain ini akan melapor diri bermula Selasa, 29 Julai hingga Khamis, 31 Julai 2025 di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Gambang, Pahang.