Vietnam Pertahan Trofi Piala Mandiri B-23, Kecewakan Indonesia
MakanBola
TIMNAS INDONESIA

Vietnam kecewakan Indonesia dan Rangkul Kejuaraan Piala Mandiri Asean B-23 2025.

Skuad Garuda menurunkan Muhammad Adriansyah di bahagian penjaga gol dan Kadek Arel kekal sebagai kapten pasukan Indonesia manakala Jens Raven penyerang sensasi turut berada di bahagian serangan.

Vietnam yang membariskan Tran Trung Kien di benteng terakhir manakala peledak berbisa mereka Nguyen Dinh Bac juga kekal membarisi skuad Vietnam pada malam ini.

Indonesia yang mempunyai kelebihan apabila bermain di depan sendiri bermula dengan garang apabila melancarkan beberapa gerakan berbahaya ke gawang Vietnam menerusi Jens Raven.

Vietnam yang merupakan juara edisi terdahulu sangat berdisiplin menjaga kubu mereka walaupun berdepan tekanan dari segi permainan dan penyokong oleh pasukan Garuda.

Golden Star Warriors memecahkan kebuntuan jaringan pada minit ke 36′ menerusi rembatan jarak dekat oleh pemain

Indonesia melancarkan serangan balik bagi menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama namun semuanya tidak berhasil.

Separuh masa kedua berlangsung dengan sangat laju buat pasukan Indonesia yang menginginkan jaringan penyamaan bagi menyalakan peluang memenangi Kejuaraan tersebut.

Indonesia yang terus menerus mencari jaringan namun gagal apabila skuad Vietnam kekal ampuh dan berdisiplin menjaga gawang mereka.

Skuad Vietnam muncul juara Piala Mandiri Asean B-23 buat kali ketiga berturut-turut bagi kekal mendominasi bolasepak di rantau Asean.