Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan aksi pra-musim dengan meratah Hougang United dengan keputusan 12-0 dalam aksi persahabatan pada Jumaat.
Perlawanan yang diadakan secara tertutup di pusat latihan JDT itu menyaksikan JDT membuka tirai jaringan menerusi Arif Aiman pada minit ke 4.
Berselang beberapa minit kemudian gawang Hougang United terus dihukum dengan hasil gol oleh Jairo Da Silva pada minit ke 7 dan Hector Hevel minit ke 10.
Skuad Johor Darul Ta’zim terus mempamerkan aksi yang begitu garang dengan jaringan keempat oleh João Figueiredo pada minit ke 12.
Johor Darul Ta’zim yang bermain dengan aksi yang bertenaga bagi menyusun strategi dan menjadi minggu terakhir skuad itu sebelum bertemu Selangor pada aksi pembukaan liga.
Skuad JDT terus merobek gawang Hougang United menerusi Jonathan Silva pada minit ke 20 dan 23 bagi menambah derita pasukan dari Singapura tersebut.
Pada minit ke 26, Eddy Israfilov terus meletakkan jurang JDT di hadapan dengan jaringan ke 7 bagi menutup separuh masa pertama yang sangat berintensiti tinggi itu.
Bersambung babak kedua skuad JDT terus meledak gawang Hougang United menerusi Oscar Arribas yang mencatat gol pada minit ke 57.
Hari yang ingin segera dilupakan oleh kem pasukan Hougang United tersebut terus ditambah duka oleh Romel Morales pada minit ke 62 dan 77.
Oscar Arribas yang meledak jaringan ke 8 itu terus menambah koleksi jaringan beliau pada minit ke 80 dan mencatat hatrik pada minit ke 84 bagi menutup malam yang penuh bermakna buat kem Johor Darul Ta’zim.
Skuad JDT yang bakal membuka perlawanan Liga Super musim ini dengan menentang pasukan Selangor pada aksi Piala Sumbangsih yang akan berlangsung pada minggu hadapan.