Liga Super: Syed Yazid Mahu KL City Kekal Tanpa Kalah Dalam 5 Aksi Awal
MakanBola
KL CITY

Presiden KL City, Syed Yazid mahu skuad The City Boys kekal tanpa kalah dalam 5 aksi awal pada saingan Liga Super musim ini.

Syed Yazid yang dikatakan sebelum ini mempunyai masalah dalaman bersama pengendali baharu skuad KL City, Risto Vidakovic sudahpun menemui kata persefahaman.

Walaubagaimanapun, Syed Yazid mempunyai permintaan tersindiri iaitu misi wajib menang pada 5 perlawanan awal aksi liga.

Syed Yazid mengharapkan skuad tersebut dapat menjelmakan sekurang-kurangnya 13 mata daripada 5 aksi liga bagi mengukur keserasian pemain-pemain skuad tersebut.

“Sebelum ini, kami ada mengeluarkan kenyataan yang kami ingin melayakkan diri ke ACL (Liga Juara-Juara Asia), jadi daripada itu, kami akan melihat prestasinya sepanjang lima perlawanan tearawal ini,” kata Syed Yazid kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

“Kami akan melihat jumlah mata yang akan diperoleh daripada jumlah lima perlawanan ini terlebih dahulu dan seandainya ada kekurangan kami akan berikan bimbingan,”

“Daripada 5 perlawanan ini 15 mata adalah cukup baik dan untuk minimum sekurang-kurang 4 kemenangan dan satu seri,”

“Bagi untuk pihak pengurusan sendiri, apa yang sudah berlaku kita lupakan dan apa jua kekurangan kelab kita perbaiki,”

“Kami lebih mengutamakan saingan Liga Super jadi apa yang jurulatih mahukan kami perlu turutkan,” katanya lagi.

KL City yang akan memulakan kempen Liga Super musim ini dengan menentang Imigresen di stadium pelawat pada minggu hadapan.