Malaysian Football League (MFL) tunda aksi pertama Sabah vs Melaka atas faktor penukaran venue perlawanan.
Malaysian Football League telah mengemaskini jadual perlawanan Liga Super 2025-2026 melibatkan perlawanan Sabah FC lwn Melaka FC.
Pindaan ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan yang terlibat.Perlawanan yang dijadualkan bakal berlangsung 10 Ogos 2025 telah dipinda ke 29 Ogos 2025.
Pindaan ini dibuat kerana venue PTR akan digunakan untuk Kejohanan Olahraga Terbuka Masters Sabah pada 9 dan 10 Ogos 2025.
Maklumat tersebut telah dikongsi di laman media sosial Malaysia Football League (MFL) untuk makluman peminat.
Sabah bakal membuka tirai perlawanan menentang Kuala Lumpur pada 13 Ogos di Stadium Bolasepak Cheras selepas pembatalan perlawanan di antara Melaka.
Selain itu, Melaka bakal menerima kunjungan Penang di Stadium Hang Jebat pada hari yang sama bagi meraih mata liga.