Kelab dari Korea Selatan, Seoul Phoenix memburu penjaga gol Malaysia bagi aksi saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2025-2026.
Seoul Phoenix satu-satunya menjadi wakil kelab dari luar negara menyertai Liga A1 Semi-Pro bagi musim ini.
Kelab ini yang bermain di Liga Divisyen 4 Korea pada musim lepas dijangka bakal memberi persaingan yang sihat untuk Liga Divisyen 2 ini.
“Kami melihat Liga Malaysia semakin bertambah baik ini menjadikan sesuatu yang menarik untuk kami”
“Liga A1 yang banyak mempertaruhkan pemain muda menjadikan peluang bagi mereka menjadi pemain yang baik dan Liga Malaysia ini sangat baik bagi kami mencipta kejayaan bersama”
“Kami memilih penjaga gol dan beberapa pemain dari Malaysia kerana mereka mempunyai pengetahuan bermain di Liga sendiri dan menentang pasukan-pasukan dari Liga Malaysia,” kata jurulatih Seoul Phoenix, Sang Jin-Lee ketika bersama Astro Arena.
Seoul Phoenix turut diperkuatkan pemain berpengalaman Liga Malaysia iaitu Patrick Ronaldinho yang pernah menyarung jersi skuad PKNS dan kelab terakhir beliau di Liga Malaysia ialah Sarawak.
Kelab yang berpangkalan di Lembah Klang itu bakal membuka tirai perlawanan Liga A1 Semi-Pro dengan menentang JDT II di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada minggu hadapan.