Live: JDT vs Selangor, Kesebelasan Utama & Siaran TV Piala Sumbangsih
MakanBola
Johor Southern Tigers

Saksikan pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Selangor dalam aksi Piala Sumbangsih 2025-2026 pada Jumaat.

Perlawanan pembuka tirai saingan Liga Malaysia 2025-2026 menyaksikan juara Liga Super musim lalu, JDT akan menanti kunjungan pasukan gergasi dari Lembah Klang, Selangor di laman sendiri.

Ini bukan sekadar aksi pembukaan Liga Super biasa, malah pertemuan JDT vs Selangor ini bakal menentukan pasukan yang bakal ditabalkan selaku juara Piala Sumbangsih musim 2025-2026.

Pasukan JDT yang dikendalikan oleh jurulatih baharu, Xisco Munoz pastinya menjadi pilihan untuk muncul sebagai juara pada aksi kali ini setelah mengambil kira persiapan rapi yang diatur.

Oleh itu, jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi sedar tentang cabaran getir yang akan ditempuh Sang Gergasi Merah dan menghormati kekuatan serta status yang dipegang oleh JDT kini.

“Pertama sekali, kami sangat menghormati pasukan JDT kerana mereka telah mendominasi saingan bola sepak di Malaysia,” kata Katsuhito Kinoshi ketika sidang media.

“Dan mereka mempunyai banyak pengalaman di peringkat antarabangsa juga,” tambah beliau.

Kesebelasan Utama JDT vs Selangor

Info Siaran Langsung JDT vs Selangor

Tarikh: 8 Ogos 2025 (Jumaat).
Masa: 9 malam.
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.