FIFA Teruskan Larangan Aksi Liga Indonesia Tanpa Penyokong Pelawat
MakanBola
PERSIB BANDUNG

FIFA meneruskan larangan aksi di Liga 1 Indonesia dengan tanpa kehadiran penyokong pelawat bagi musim 2025-2026.

Liga 1 Indonesia bakal membuka tirai perlawanan pada 8 Ogos dengan aksi Borneo menentang Bhayangkara di Stadium Segiri, Indonesia.

FIFA secara rasmi telah menolak permintaan untuk membenarkan penyokong pelawat berada di perlawanan pada musim 2025-2026 Liga Super Indonesia. Hal ini telah disahkan oleh CEO Liga Indonesia, Ferry Paulus.

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah dilarang untuk mempunyai penyokong pelawat berikutan kebimbangan soal keselamatan sejak musim 2023-2024.

CEO Liga Indonesia, Ferry Paulus turut mengemukan beberapa kejadian yang berlaku pada akhir musim lepas yang menyebabkan larangan tersebut masih dikekalkan.

Bermula dengan menyalakan suar, pencerobohan padang dan kerosakan harta benda awam ini mengakibatkan FIFA mengekalkan larangan tersebut sumber Asean Football.

Liga 1 Indonesia musim 2025-2026 akan disertai 18 pasukan berbanding 15 pasukan dari musim lepas bakal membuka tirai Jumaat ini.