Piala Sumbangsih: Katsuhito Kinoshi Hormati Status Hebat JDT
MakanBola
SELANGOR FC

Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi menghormati status hebat pasukan JDT yang memegang kejuaraan begitu banyak di Liga Malaysia.

Beliau yang mengambil alih posisi ketua jurulatih Selangor pada pertengahan musim lalu mengakui keunggulan skuad yang dikenali sebagai Harimau Selatan itu.

Kinoshi bakal menerima tentangan pertama kali dari kelab JDT sejak beliau menyertai pasukan Selangor pada tahun lepas.

“Pertama sekali, kami sangat menghormati pasukan JDT dan mereka sangat mendominasi liga bola sepak di Malaysia manakala mempunyai banyak pengalaman antarabangsa.”

“Walau bagaimanapun, kami sangat mempercayai skuad kami ketika berlatih di Thailand dan Selangor.”

“Saya berharap kami dapat melakukan sesuatu impak untuk perlawanan esok dengan keberadaan pemain baharu walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman bermain di Liga Malaysia.”

“Walau bagaimanapun, mereka mempunyai pengalaman sebagai pemain. Saya sangat tidak risau akan reputasi yang mereka ada untuk perlawanan ini.”

“Kami juga telah meluangkan masa selama 6 atau 7 minggu bersama pemain baharu. Selain itu, kami telah mempunyai skuad yang bagus sebagai satu pasukan inilah situasi pasukan kami sekarang untuk perlawanan esok,” ujar Katsuhito Kinoshi ketika sidang media pra-perlawanan.

Selangor bakal menghadapi skuad JDT di Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi Piala Sumbangsih pada Jumaat.