Live: Malaysia vs Jepun, Kesebelasan Utama & Siaran TV Kelayakan Piala Asia Wanita B-20
MakanBola
FA Malaysia

Aksi Malaysia vs Jepun bakal hiasi saingan hari perlawanan kedua Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 pada Jumaat.

Setelah tumbang di tangan Iran pada Rabu, pasukan Malayan Tigress B-20 pastinya ingin kembali bangkit mencari 3 mata untuk menghidupkan peluang layak ke kejohanan Asia tahun hadapan.

Cabaran getir bagaimanapun akan dihadapi oleh skuad muda Malaysia ini apabila perlu berdepan pasukan gergasi Asia dan dunia, Jepun pada perlawanan kedua yang akan diadakan di Cheras.

Jepun membuktikan kredibiliti sebagai pasukan pilihan untuk muncul juara kumpulan F dengan kemenangan besar 5-0 ke atas Guam ketika perlawanan pembuka tirai dua hari yang lalu.

Misi sukar namun tidak mustahil buat anak didik Cameron Ng mencipta kejutan berbekalkan sokongan hebat peminat bola sepak tempatan yang dijangka bakal memeriahkan Stadium Cheras nanti.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Jepun

Info Siaran Langsung Malaysia vs Jepun

Tarikh: 8 Ogos 2025 (Jumaat).
Masa: 8.45 malam.
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Siaran Langsung: Youtube FAMTV.