Malaysia B-23 Bakal Uji Skuad Muda Singapura?
MakanBola
Malaysia NT

Skuad Malaysia B-23 kendalian Nafuzi Zain bakal menguji pasukan muda Singapura pada Ogos ini.

Malaysia B-23 yang menamatkan saingan di Piala Mandiri Asean baru-baru ini dengan hanya sekadar di peringkat kumpulan dijangka bakal menghadapi skuad muda The Lions pada Ogos ini.

Menurut laporan Asean Football, “Skuad muda Singapura bakal mengadakan perlawanan persahabatan menjelang Kelayakan Piala Asia B-23 2026.”

“Sebagai salah satu daripada persiapan untuk mereka hadapai Kelayakan Piala Asia B-23 2026.”

“Skuad Singapura B-23 bakal mempunyai dua perlawanan persahabatan pada bulan Ogos menentang pasukan muda Filipina & Malaysia masing – masing pada 8 dan 13 Ogos,” lapor laman Asean Football.

Skuad muda Singapura yang diundi bersama-sama Yaman, Vietnam dan Bangladesh berada di dalam kumpulan C bagi aksi Kelayakan Piala Asia B-23 2026.

Sehingga kini masih belum ada pengesahan rasmi dari pihak FAM mahupun FAS berkaitan aksi persahabatan ini.