Pemain import baharu PDRM, Park Tae-su buru 10 gol peribadi bagi aksi Liga Super musim 2025-2026.
Bekas pemain Sabah tersebut membuka akaun jaringan musim ini pada aksi pembukaan Liga Super skuad The Cops ketika menentang Brunei DPMM dengan dua gol.
Park Tae- su mempunyai penyudah yang tajam dan baik walaupun beraksi sebagai sebagai pemain pertahanan.
“Sasaran saya pada musim ini Top 5 tetapi sasaran peribadi 10 gol sebab dahulu saya punya gol 8,” kata Park Tae-su ketika di temubual oleh Fadhirul Shuhaimi.
Beliau yang sudah berkelana di Liga Malaysia sejak beberapa tahun lalu dilihat mampu mencapai sasaran tersebut kerana mempunyai pengalaman yang luas di liga domestik.
Skuad The Cops bakal meneruskan aksi Liga Super dengan menentang pasukan Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu ini.