ACL2: Pohang Steelers Antara 5 Lawan Potensi Selangor
MakanBola
PSFC/SFC

Wakil Malaysia, Selangor berpeluang diundi bersama kelab Korea Selatan, Pohang Steelers dalam aksi AFC Champions League Two (ACL2) musim ini.

Selangor sekali lagi bakal menjadi wakil tunggal Malaysia di pentas ACL2 setelah menamatkan saingan Liga Super pada musim lalu sebagai naib juara dengan mengumpul 52 mata.

Dengan ini, skuad kendalian Katsuhito Kinoshi akan beraksi bersama jaguh Asia untuk kali kedua berturut-turut selepas tampil di ACL2 musim lalu serta menyumbang 8.667 mata ranking AFC MA.

Makluman terkini oleh laman Footy Rankings tentang undian ACL2 musim ini menyaksikan Selangor diletakkan di dalam balang dua bersama BG Pathum, Macathur dan Nam Dinh.

Oleh itu, beberapa pasukan dapat dilihat berpotensi untuk menjadi lawan Selangor khususnya kelab-kelab dari Korea Selatan dan Jepun yang sering kali menjadi pilihan peminat untuk muncul juara.

Antara kelab yang berpotensi menjadi lawan Selangor adalah Pohang Steelers dari Korea Selatan dan kelab Jepun, Gamba Osaka (Jepun) yang berada di dalam balang satu bagi undian ini.

Malah, naib juara ACL2 lalu, Lion City Sailors dan Ratchaburi (Thailand) turut miliki peluang bagi diundi bersama Selangor dalam kumpulan sama nanti selepas diletakkan di balang 3 selain Tai Po dan Kaya.

Di balang 4 pula, tumpuan terarah kepada jaguh Vietnam, CAHN yang dilihat berpotensi berada di dalam kumpulan sama bersama Gergasi Merah selepas sesi undian berjalan nanti.

Sesi undian ACL2 bakal berlangsung pada Jumaat, 15 Ogos ini bagi mengetahui pasukan lawan yang akan dihadapi oleh Selangor dalam kejohanan musim kali ini.