Safee Sali Puji Impak Besar Tonggak Baharu Terengganu
MakanBola
TERENGGANU FC

Bekas pemain Kebangsaan, Safee Sali memuji impak besar tonggak baharu Terengganu.

Safee Sali memuji Gabriel Silva, tonggak baharu skuad Penyu itu bagi aksi pembukaan Terengganu dalam kancah saingan Liga Super musim 2025-2026 menentang Penang.

“Betul itu mempengaruhi peratusan penguasaan bola untuk Terengganu apabila bola di kaki Gabriel Silva beliau menguasai bola dalam tempoh yang lama.”

“Hal ini menyebabkan bola penguasaan skuad Penyu menjadi tinggi dan menjadi masalah kepada pemain Penang, Adib Raop.”

“Banyak kali Adib Raop cuba menukarkan posisi di sebelah lain namun kelibat Akhyar pula menjadi ancaman buat Penang,” ujar Safee Sali ketika ulasan perlawanan Penang menentang Terengganu di Astro Arena.

Gabriel Silva berpindah dari kelab Kemboja, Svay Rieng selepas 3 musim berkelana di liga tersebut dari musim 2022 hingga 2025.

Pasukan Terengganu bakal meneruskan aksi Liga Super pada musim ini dengan bertemu PDRM pada Rabu di halaman sendiri.