Selangor FC membawa rekod cemerlang menjelang aksi kedua liga menentang Brunei DPMM FC.
Ini kerana berdasarkan rekod lima aksi terakhir membabitkan kedua-dua pasukan itu, Selangor memenangi tiga daripada lima aksi tersebut.
Ini termasuk kemenangan 2-1 ke atas pasukan Borneo itu dalam saingan Liga Super musim 2007/08 pada 23 Februari 2008.
Merah Kuning turut menewaskan DPMM 7-3 secara agregat dalam saingan Piala FA musim sama. Selepas membelasah DPMM 5-1 dalam aksi pertama, pasukan itu bangkit mengikat Selangor 2-2.
Selangor berharap tidak mengalami kejutan seperti yang dialami anak buah Dollah Salleh pada April 2007. Aksi itu menyaksikan Merah Kuning tumbang 2-1 di tangan DPMM.
Selepas tewas 3-0 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Sumbangsih, aksi ini dilihat peluang buat anak buah Katsuhito Kinoshi menebus kekecewaan.
Selangor dijangka memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium MBPJ untuk meraih tiga mata pertama untuk musim 2025/26.