Penyerang Indonesia B-17 Jatuh Parit Ketika Raikan Jaringan
MakanBola
TIMNAS INDONESIA

Penyerang Indonesia B-17, Mierza Firjatullah terjatuh ke dalam parit ketika meraikan jaringan beliau.

Beliau bersama-sama skuad muda B-17 Indonesia menyertai Piala Kemerdekaan 2025 yang berlangsung di Stadium Sumatera Utara, Indonesia.

Mierza Firjatullah berjaya menjaringkan gol pada aksi pertama kejohanan tersebut ketika menentang Tajikistan b-17 pada minit ke 34 hasil tandukan bebas dalam kotak penalti.

Situasi perlawanan tersebut bertukar cemas apabila ketika beliau ingin meraikan jaringan, beliau berlari ke arah penyokong & melompat melepasi pagar namun terjatuh ke dalam parit.

Mierza Firjatullah kelihatan seperti menahan kesakitan selepas terjatuh dari kedudukan yang agak tinggi.

Penyokong rata-rata kelihatan terkejut dan terhibur dengan situasi itu. Sama-sama kita doakan agar Mierza Firjatullah tidak mengalami kecederaan serius.

Perlawanan di antara Indonesia B-17 dan Tajikistan B-17 tamat dengan keputusan terikat 2-2.

Kejohanan tersebut disertai dua negara lagi iaitu Mali dan Uzbekistan bagi merebut Piala Kemerdekaan 2025.

Indonesia bakal meneruskan aksi kedua dengan menentang Uzbekistan pada Jumaat dan menutup saingan kumpulan bertemu Mali Isnin hadapan.