Sabah harus berwaspada ancaman duo sayap lincah KL City bagi aksi pembukaan Liga Super skuad The Rhinos.
Sabah bakal membuka tirai aksi Liga Super dengan menentang skuad The City Boys di Cheras pada hari Rabu.
Pasukan dari Borneo bakal menghadapi KL City yang memiliki momentum terbaik selepas mencatatkan kemenangan pada aksi pertama ketika menentang Imigresen dengan keputusan 3-0.
Walau bagaimanapun, jurulatih Sabah, Alto Linus tetap memasang impian untuk mencari 3 mata meskipun akan berdepan tentangan sengit pasukan tuan rumah.
Menurut beliau, “Sabah selalunya apabila perlawanan pertama agak sukar memulakan permainan tetapi bagi saya kita datang ke sini semestinya mencari keputusan yang positif untuk permulaan liga ini.”
“Boleh dikatakan ramai pemain KL City yang boleh melakukan apa sahaja serangan untuk pasukan KL tetapi terutama sekali Manuel Hidalgo dan Safawi Rasid,” kata Alto Linus kepada Astro Arena.
Aksi KL City vs Sabah akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Cheras Kuala Lumpur pada Rabu.