Aksi persahabatan Harimau Malaya menentang Singapura dan Palestin dijangka akan diadakan di dua venue berbeza.
Pasukan Harimau Malaya sebelum ini mengumumkan bakal mengadakan dua aksi persahabatan menentang Singapura serta Palestin ketika jendela antarabangsa FIFA pada bulan September ini.
Walau bagaimanapun, makluman terperinci berkenaan dua aksi tersebut masih belum lagi diumumkan oleh Malaysia National Team khususnya melibatkan venue perlawanan itu nanti.
Laporan terbaharu daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memaklumkan bahawa skuad kebangsaan akan turun bertemu Singapura dan Palestin di dua venue berbeza.
”Tarikh (aksi) FIFA semakin hampir, difahamkan pertemuan menentang Singapura dan Palestin akan berlangsung di dua venue berbeza,” lapor Zulhelmi Zainal Azam di laman X.
Walau bagaimanapun, dua venue tersebut tidak didedahkan dengan sehingga kini masih belum ada sebarang makluman daripada pihak pengurusan skuad Harimau Malaya atau pun FAM.
Malaysia dijadualkan melayani kunjungan negara jiran iaitu Singapura pada 4 September hadapan sebelum berdepan Palestin selang 4 hari kemudian bagi melengkapkan aksi di bulan September.