Selangor Lancar Dua Jersi Istimewa Shopee Cup
MakanBola
SELANGOR FC

Meniti sepak mula Shopee Cup beberapa hari lagi, Selangor telah melancarkan jersi edisi khas untuk digunakan sepanjang kejohanan tersebut.

Menerusi hantaran di media sosial memperlihatkan dua pemain utama The Red Giants memperagakan jersi baharu keluaran Joma dan berkolabrasi bersama Grantt Lubricants bagi kejohanan Shopee Cup 2025-2026.

Kapten pasukan, Nooa Laine bersama Chrigor Moraes dilihat menyarung jersi baharu tersebut yang mengekalkan warna merah sebagai warna utama dan warna biru sebagai jersi pelawat.

Salah satu keunikan pada jersi tersebut ialah kedudukan rakan penaja di bahagian hadapan menampakkan kit tersebut lebih kemas.

Hasil penglihatan di ruangan komen menyaksikan rata-rata peminat Selangor berpuas hati dan tidak sabar untuk mengenakan kit terbaharu tersebut.

“Kan cantik ada satu sahaja penaja macam ini nampak kemas.”

“Merah tu Ya Allah.”

“Lawa la.”

Selangor bakal membuka kempen kumpulan A Shopee Cup dengan berkunjung ke Thailand menentang Buriram di Chang Arena pada 20 Ogos dan dijadualkan pukul 9 malam.

Selain Selangor dan Buriram, kumpulan A turut dihuni oleh BG Pathum, Tampines Rovers dan Hanoi Police bagi merebut tiket ke pusingan seterusnya.