Pengendali skuad Melaka, K Devan mengesan dua masalah besar ketika melatih pasukan tersebut pada aksi pembukaan Liga Super pasukan tersebut.
Melaka menerima kunjungan Penang bagi membuka tirai aksi Liga Super musim 2025-2026 dengan bertemu Harimau Kumbang pada Rabu.
Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata setelah terikat 1-1 hasil gol tandukan Doughlas Teles dan rembatan kencang Wenzel Halls.
Dua masalah besar skuad Melaka pada perlawanan tersebut adalah tidak mempunyai kepimpinan dalam pasukan dan masalah komunikasi di antara jurulatih dan pemain.
Menurut K.Devan, skuad beliau tidak mempunyai seseorang untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua di dalam padang dan mempunyai masalah komunikasi bersama pemain asing terutamanya dari Brazil.
“Saya betul-betul nampak macam tiada satu ketua yang bagus di dalam padang jadi saya perlu mencari cara untuk menyelesaikan masalah ini.”
“Saya ada sedikit masalah komunikasi dengan pemain dari Brazil. Mereka ini kebanyakannya tidak boleh bercakap bahasa Inggeris,” kata K. Devan, ketua jurulatih Melaka ketika di temu bual oleh Fadhirul Shuhaimi selepas perlawanan.
Selepas ini, kedua-dua pasukan bakal bertemu semula dalam kejohanan Piala FA pada Ahad di Stadium Hang Jebat, Melaka.