Senarai 25 pemain Malaysia B-23 akhirnya diumumkan oleh ketua jurulatih, Nafuzi Zain untuk aksi Kelayakan Piala Asia B-23.
Harimau Malaya B-23 akan terbang ke Thailand untuk beraksi dalam Kelayakan Piala Asia B-23 dengan pasukan negara di bawah kepimpinan Nafuzi Zain diundi di dalam kumpulan F bersama Thailand, Lubnan dan Mongolia.
Oleh itu, Nafuzi Zain telah memanggil seramai 25 pemain untuk melapor diri di kem latihan awal skuad kebangsaan dijadualkan bermula Ahad, 17 Ogos 2025 sebagai persiapan menjelang Kelayakan Piala Asia B-23 2026 di Bangkok, Thailand 3 hingga 9 September 2025.
Skuad B-23 kebangsaan akan berlepas ke Bangkok, Thailand pada Isnin, 18 Ogos 2025 bagi sesi latihan pusat di sana hingga 31 Ogos 2025.
Selain itu, Malaysia bakal memulakan kempen Kelayakan Piala Asia B-23 dengan bertemu Lubnan pada 3 September diikuti aksi bertemu Mongolia pada Sabtu, 6 September dan pasukan tuan rumah iaitu Thailand pada Selasa, 9 September 2025.
Senarai 25 pemain Malaysia B-23.