Indonesia Dapatkan Seorang Lagi Pemain Warisan Belanda
MakanBola
FC UTRECHT

Skuad Garuda mendapatkan seorang lagi pemain warisan Belanda untuk aksi kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC pusingan keempat.

Kelayakan Piala Dunia pusingan keempat dijadualkan bakal berlangsung pada Oktober 2025 di Arab Saudi.

Indonesia berada di kumpulan B bagi kelayakan ini bersama-sama Arab Saudi dan Iraq. Skuad Garuda akan membuka kempen kelayakan Piala Dunia pusingan keempat dengan menentang Arab Saudi terlebih dahulu sebelum bertemu Iraq.

Selepas Jay Idzes, Shayne Pattynama, Ole Romeny, Calvin Verdonk, Rafael Struick dan ramai lagi akhirnya Indonesia mendapatkan satu pemain warisan Belanda terbaharu.

Pemain warisan Belanda baharu didapatkan oleh Indonesia adalah Miliano Jonathans. Miliano sekarang sedang bersama kelab FC Utrecht di liga utama Belanda.

Pemain berusia 21 tahun itu mempunyai pertalian darah Indonesia menerusi nenek belah ayahnya berasal dari Depok, Jawa Barat Indonesia.

Miliano bermain di posisi sayap kanan dilihat mampu mencabar kesebelasan utama Indonesia yang dipegang oleh Yakob Sayuri.

Beliau memiliki nilai pasaran sebanyak (€900k) RM 4.4 juta bakal menjadi antara pemain muda termahal di Asia Tenggara.

View this post on Instagram

A post shared by Seasia Goal (@seasiagoal)

Miliano dijangka melakukan debut pertama bersama skuad Garuda pada Oktober ini ketika aksi kelayakan Piala Dunia pusingan keempat di Arab Saudi.