Nilai Pasaran Liga Super Cecah RM252 Juta, Ke-4 Di ASEAN
MakanBola
Terengganu FC

Nilai semasa Liga Super di pasaran ialah €51.09 juta (RM252 juta). Ini menjadikan Liga Super liga keempat paling bernilai di Asia Tenggara.

Ini berdasarkan nilai semasa liga-liga ASEAN yang dikongsikan SEAsia Goal. Thai League 1 terus menerajui carta nilai liga ASEAN dengan nilai €77.04 juta (RM380 juta).

Indonesia Super League mengekori di belakang dengan nilai €71.54 juta (RM352 juta). V. League 1 melengkapkan senarai tiga liga teratas ASEAN dengan €53.57 juta (RM264 juta).

Jurang empat liga teratas ASEAN dengan liga-liga lain sangat jauh. Misalnya, Singapore Premier League (SPL) memiliki nilai sebanyak €19.01 juta (RM94 juta).

Keadaan ini menyaksikan Liga Super empat kali ganda lebih bernilai berbanding SPL dari segi nilai semasa di pasaran.

Myanmar National League (MNL) dan Cambodia Premier League (CPL) masing-masing bernilai €17.43 juta (RM86 juta) dan €15.99 juta (RM79 juta).

Lao League 1 memiliki nilai liga terendah di pasaran iaitu €4.64 juta (RM23 juta). Kesemua nilai liga ini dijangka berubah terutama apabila kelab-kelab menunjukkan prestasi baik di peringkat Asia.