Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menganggap perlawanan pembukaan skuad Manchester United kelihatan handal walaupun tunduk kepada Arsenal dengan keputusan 1-0.
Manchester United memulakan strategi untuk kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini dengan merekrut 3 nama besar ketika jendela perpindahan tempoh hari.
Skuad tersebut merekrut terlebih dahulu pemain bintang dari Wolves, Matheus Cunha dan pemain sayap kanan Brentford, Bryan Mbeumo bagi menambah bisa serangan pasukan tersebut.
Sementara itu, Manchester United berjaya melengkapkan saga perpindahan penyerang berprolifik dari RB Leipzig, Benjamin Sesko dengan nilai perpindahan (€76.50m) RM 323 juta pada minggu lepas.
Menurut Anwar Ibrahim, permainan skuad Manchester United pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika menentang Arsenal di halaman sendiri tampak handal walaupun tumpas di tangan Arsenal.
“Semalam Manchester United kalah 1-0 menentang Arsenal namun saya melihat permainan skuad tersebut handal dengan daya juang dan daya tahan tinggi jadi saya memenangkan skuad tersebut.
Selain itu, Anwar Ibrahim turut berkata inilah adat dalam perlawanan ada menang ada kalah ianya sama seperti politik.
Tambah beliau, “Inilah sentimen dalam bola sepak ada kalah ada menang jadi kita harus tetapi menyokong ianya sama seperti politik,” kata beliau di laman media sosial Astro Awani.
Manchester United bakal meneruskan aksi kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menentang Fulham pada 24 Ogos 2025.