MFC: Final Pahang Rangers vs Selangor Di N9 Arena
UltraSukan
Selangor FC Futsal

Final Malaysia Futsal Cup (MFC) 2025 antara Pahang Rangers dan Selangor FC bakal diadakan di N9 Arena.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan lokasi aksi final dan penentuan tempat ketiga/keempat saingan MFC pada 23 Ogos.

Aksi tempat ketiga/keempat akan diadakan di N9 Arena pada jam 4.00 petang. Aksi final pula akan berlangsung pada jam 8.00 malam.

Aksi penentuan tempat ketiga/keempat menemukan juara MFC 2024, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah. Kedua-dua pasukan berentap untuk aksi tersebut selepas masing-masing tewas di peringkat separuh akhir.

JDT terpaksa akur dengan kehebatan Pahang Rangers apabila tewas 11-9 secara agregat. Sabah pula kecundang di tangan Selangor dengan keputusan agregat 9-3.

Aksi final antara Pahang Rangers dan Selangor dilihat ulangan aksi final MFC edisi 2022. Final tersebut menyaksikan Selangor menewaskan Pahang Rangers 4-3.

Justeru, aksi ini disifatkan aksi balas dendam buat Pahang Rangers untuk menebus kekecewaan final edisi 2022.

Tiket aksi penentuan tempat ketiga/keempat dijual pada harga RM15. Tiket untuk aksi final pula dijual pada harga RM20.

Penyokong yang ingin mendapatkan tiket boleh mendapatkannya di N9 Arena pada 23 Ogos bermula jam 10.00 pagi.