Live: JDT Vs Lion City Sailors, Kesebelasan Utama & Siaran TV ACC Shopee Cup
MakanBola
Dhom Seirafas/MakanBola

Aksi pertama ACC Shopee Cup 2025 menyaksikan pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Lion City Sailors.

Skuad kendalian Aleksandar Rankovic bakal ke Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi pembukaan Kumpulan B dalam misi untuk meraih tiga mata pertama.

Harimau Selatan dalam momentum cemerlang selepas menjulang trofi Piala Sumbangsih hasil kemenangan 3-0 ke atas Selangor FC.

Momentum itu disusuli oleh satu lagi kemenangan ke atas Negeri Sembilan FC dengan keputusan 5-3 di laman sendiri sekali gus dalam prestasi terbaik melayan kunjungan Lion City Sailors.

Rekod Pertemuan JDT vs Lion City Sailors

JDT memiliki rekod cemerlang berdepan Lion City Sailors dengan kali terakhir menewaskan lawan dari Singapura itu pada aksi persahabatan dengan keputusan 1-0.

Sebelum itu, juara bertahan Liga Super itu telah menewaskan lawan sama dengan keputusan 4-0 sekali gus memberikan kelebihan moral bagi pertemuan kali ini.

Kesebelasan Utama JDT vs Lion City Sailors

Info Siaran Langsung JDT vs Lion City Sailors

Tarikh: 21 Ogos 2025 (Khamis)
Masa: 5.30 Petang
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.