Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali mendapat khidmat Manuel Hidalgo yang dipinjamkan ke KL City.
Pada bulan Julai lalu, Manuel Hidalgo telah melengkapkan perpindahan ke KL City secara pinjaman dari JDT selepas beraksi bersama pasukan Sri Pahang pada musim lalu.
Jodoh Hidalgo bagaimanapun tidak bertahan laman bersama The City Boys apabila pihak pengurusan kelab memaklumkan pemain berusia 25 tahun itu akan pulan ke kelab asal beliau, JDT.
”Ia memang satu tempoh yang singkat buat seseorang yang menjadikan setiap hari terasa begitu bermakna, terima kasih Manuel Hidalgo,” umum KL City dalam satu hantaran.
“Semoga berjaya di masa depan anda bersama pasukan asal, dan tolonglah jangan bermain terlalu baik apabila menentang kami nanti,” tambah kelab Lembah Klang itu.
Sepanjang dua aksi bersama KL City, Manuel Hidalgo telah merekodkan satu jaringan dan satu bantuan gol ketika aksi bertemu Imigresen dalam perlawanan pertama Liga Super lalu.