4 Pilihan Harga Tiket Aksi Malaysia vs Singapura & Palestin
MakanBola
MALAYSIA NT

Tiket perlawanan persahabatan Malaysia pada September ini mempunyai 4 pilihan harga tiket bagi aksi menentang Singapura manakala 2 pilihan ketika bertemu Palestin.

Menurut info tiket di laman media sosial Football Association Malaysia, perlawanan pada 4 September ini bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan aksi bertemu Singapura.

Selain itu, Harimau Malaya akan menentang pasukan kebangsaan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim pada 8 September pada pukul 9 malam.

Perlawanan persahabatan ini adalah bagi persiapan skuad kebangsaan Malaysia sebelum meneruskan kempen aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada Oktober.

Malaysia bakal menghadapi cabaran skuad Laos pada 9 Oktober di tempat lawan manakala bakal bertemu pasukan Thim Xad di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Oktober 2025 pukul 9 malam.

Selepas itu, Malaysia bakal meneruskan aksi kelayakan dengan menentang Nepal di tempat lawan pada 18 November sebelum menamatkan pusingan kelayakan pada 31 Mac 2026 dengan menentang Vietnam.

Tiket bagi perlawanan persahabatan di antara Malaysia dan Singapura dijual dengan 4 pilihan berbeza iaitu RM70 premium, RM60 grandstand, RM40 terbuka dan RM5 kanak-kanak.

Selain itu, tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim untuk aksi bertemu skuad Palestin dijual dengan hanya 2 pilihan iaitu RM40 terbuka dan RM5 kanak-kanak.