Nidzam Jamil Kongsi Status Terbaru Luqman Hakim
MakanBola
Negeri Sembilan FC

Pengendali Negeri Sembilan FC, Nidzam Jamil berkongsi status terbaru tentang bekas penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin.

Selepas sah menyertai Sang Rusa, ramai penyokong tidak sabar melihat penyerang berusia 23 tahun itu beraksi di atas padang.

Walau bagaimanapun, selepas dua aksi Liga Malaysia (Liga M), Luqman masih belum diturunkan Nidzam baik dalam kesebelasan utama atau sebagai pemain gantian.

Kini, bekas jurulatih Selangor FC itu mendedahkan bekas penyerang Njardvik itu masih menjalani proses pemulihan akibat kecederaan.

Justeru, Nidzam tidak akan menurunkan Luqman untuk aksi menentang Merah Kuning pada 24 Ogos ini.

“Tidak untuk (aksi menentang) Selangor. Tetapi (aksi) menentang Kuching City, mungkin beliau ada,” katanya kepada Nadi Arena.

Situasi sama juga turut menimpa kapten Negeri Sembilan, Khuzaimi Piee. Seperti Luqman, bek tengah kebangsaan itu juga menjalani proses pemulihan kecederaan.

Nidzam menjangkakan Khuzaimi dan Luqman akan kembali menjelang aksi menentang Kuching City FC pada 28 Ogos ini.