Liga Super: Tarikh Aksi Imigresen vs JDT Dipinda
MakanBola
Johor Southern Tigers

Malaysian Football League pinda tarikh aksi Imigresen vs JDT berikutan faktor yang tidak dapat dielakkan.

Malaysian Football League telah mengemaskini jadual perlawanan Liga Super 2025-2026 melibatkan perlawanan Imigresen lwn JDT.

Pindaan ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan yang terlibat. Perlawanan yang dijadualkan bakal berlangsung 27 Ogos 2025 telah dipinda ke 28 Ogos 2025.

Pindaan ini dibuat kerana ketidaksediaan venue pada tarikh asal perlawanan mengakibatkan terpaksa menukarkan tarikh ke tarikh baharu.

Maklumat tersebut telah dikongsi di laman media sosial Malaysia Football League pada pagi ini.