Penyerang baharu DPMM, Ramadhan Sananta menerima panggilan skuad Indonesia bagi aksi persahabatan Garuda pada bulan September.
Pasukan Garuda bakal menghadapi cabaran dari dua negara di Stadium Gelora Bung Tomo pada 5 & 8 September.
Perlawanan ini merupakan persiapan skuad kendalian Patrick Kluivert bagi aksi pusingan ke 4 kelayakan Piala Dunia 2026 di Arab Saudi pada Oktober nanti.
Senarai panggilan menyaksikan nama Ramadhan Sananta telah dipanggil oleh ketua jurulatih Indonesia, Patrick Kluivert bagi perlawanan persahabatan ini.
Ramadhan Sananta telah menyertai pasukan DPMM pada awal bulan Julai dari Persis Solo, Indonesia.
Setakat ini, beliau telah bermain sebanyak 3 penampilan bersama skuad tersebut. 2 daripadanya adalah aksi dalam kancah Liga Super Malaysia dan 1 dalam pertandingan Piala FA Malaysia musim 25-26.
Selain Ramadhan Sananta, Indonesia turut memanggil Stefano Lilipaly, Egy Maulana, Beckham Putra, Ragnar Oratmangoen dan Yakob Sayuri bagi mengemudi jentera hadapan.
Garuda bakal menentang pasukan Kuwait pada 5 September manakala bertemu skuad Lubnan selang 3 hari di Stadium Gelora Bung Tomo, Indonesia.