Aksi tumpuan minggu ini menyaksikan Negeri Sembilan vs Selangor di Paroi pada Ahad.
Perlawanan ini mendapat perhatian ramai ketika mana Negeri Sembilan dan Selangor masing-masing kini berada di puncak prestasi terbaik dalam saingan liga domestik dan di peringkat Asia Tenggara.
Negeri Sembilan bermain baik dalam dua aksi sebelum ini ketika tumbang kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum berjaya membelasah PDRM 5-0 dalam perlawanan Piala FA.
Sementara pasukan Selangor pula kini masih segar dengan kejayaan mengikat skuad gergasi Asia Tenggara, Buriram United 1-1 tempat lawan dalam aksi Shopee Cup minggu lalu.
Dijangka lebih daripada 20,000 penonton akan memeriahkan Stadium Tuanku Abdul Rahman nanti dengan Masjid Qaryah Paroi Jaya mengambil inisiatif menyediakan tempat parkir serendah RM3.
Kesebelasan Utama Negeri Sembilan vs Selangor
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Negeri Sembilan vs Selangor
Tarikh: 24 Ogos 2025 (Ahad)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Siaran Langsung: TV Okey.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.