Rodrigo Holgado Kekal Bersama America de Cali
MakanBola
America de Cali

Penyerang Harimau Malaya, Rodrigo Holgado kekal bersama kelabnya, America de Cali sehingga akhir musim 2025.

Sebelum ini, penyerang berusia 30 tahun itu dikaitkan dengan beberapa kelab terutama dari Argentina. Salah satu kelab yang dilaporkan berminat ialah kelab Talleres dan Gimnasia La Plata.

Walau bagaimanapun, La Voz melaporkan presiden Talleres, Andreas Fassi menyatakan kelab itu tidak meneruskan usaha mendapatkan Holgado.

Ini kerana beliau dilihat tidak memenuhi profil penyerang tengah yang dicari jurulatih baharu pasukan itu merangkap legenda Manchester City, Carlos Tevez.

Ini diperkukuhkan lagi dengan berita yang dibawa wartawan Colombia, Jeferson Pina berhubung situasi Talleres dan Holgado.

Pina memaklumkan bekas penyerang Audax Italiano itu menafikan khabar angin bahawa beliau akan meninggalkan America de Cali. “Saya tak tahu-menahu tentang hal itu,” katanya.

Holgado kini fokus membantu pasukan itu untuk aksi menentang Atletico Nacional yang berlangsung pada 25 Ogos.