Kejuaraan Wanita B-16 ASEAN: Indonesia Kalahkan Malaysia
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia terpaksa akur tewas kepada Indonesia dalam aksi Kejuaraan Wanita B-16 ASEAN 2025 pada Ahad.

Pertembungan dua negara tetangga ini menjadi aksi penting buat Indonesia dan Malaysia untuk memburu tempat selaku juara kumpulan A kejohanan dan mara ke pusingan separuh akhir.

Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi skuad wanita muda negara apabila dibolosi dua gol dalam tempoh 15 minit hasil jaringan Nasywa Fatah dan sepakan penalti oleh Jazlyn Firyal.

Dua gol awal oleh Indonesia B-16 itu memberikan kelebihan cukup selesa tatkala pasukan negara bimbingan Leila Chua pula akur tidak berhasil menemui sebarang jaringan sehingga rehat.

Di babak kedua, skuad muda Malaysia berjaya menjaringkan gol pada minit ke-81 menerusi ayam tambatan, Laila Syamila untuk menghidupkan peluang dalam misi bangkit memburu jaringan penyamaan.

Walau bagaimanapun, jaringan Vivi Fernanda selang seminit kemudian berjaya memastikan kemenangan untuk Indonesia selain menguburkan impian Malaysia untuk layak ke separuh akhir.

Aksi tamat, Indonesia atasi Malaysia 3-1 untuk muncul juara kumpulan A Kejuaraan Wanita B-16 ASEAN 2025.