Jurang Ranking, Rekod Pertemuan Malaysia vs Singapura Curi Tumpuan
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia memiliki kelebihan tatkala bakal berdepan Singapura pada aksi persahabatan FIFA, September ini

Skuad kendalian Peter Cklamovski cemerlang apabila melakar dua kemenangan awal pada kempen pusingan kelayakan akhir, Piala Asia 2027 Arab Saudi.

Harimau Malaya bakal mengharungi dua lagi aksi persahabatan pada bulan September ini berdepan Singapura dan juga Palestin, masing-masing di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan Stadium Sultan Ibrahim.

Kemas kini ranking FIFA menyaksikan Harimau Malaya kini menguni tangga ke-125 dunia dengan 1138.48 mata berbanding Singapura di tangga ke-159 dunia dengan 1017.29 mata.

Kedua-dua pasukan juga memiliki rekod pertemuan yang seimbang dari segi rekod  apabila Malaysia menang satu kali (4-1) pada aksi ASEAN Championship 2023, seri dua kali termasuk kali terakhir pada tahun 2024 dan tewas dua kali.

Skuad negara bagaimanapun berada pada momentum cemerlang apabila melakar dua kemenangan dan satu keputusan seri sejak dikendalikan oleh Cklamovski.

Singapura turut berada pada momentum yang agak baik menerusi dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan dalam lima aksi terakhir sebelum bertemu Malaysia.

Aksi Malaysia vs Singapura dijadual berlangsung pada 4 September jam 9.00 malam di Bukit Jalil.