Jurang ranking antara dua pasukan Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor semakin besar di Asia.
Pasukan kendalian Xisco Munoz beraksi cemerlang apabila melakar kemenangan 1-0 pada aksi terakhir Liga Super 2025-26 menentang Kuching City FC.
Skuad Harimau Selatan juga baru-baru ini cemerlang membuka tirai ACC Shopee Cup 2025 menerusi kemenangan 3-1 ke atas wakil Singapura, Lion City Sailors di Stadium Sultan Ibrahim.
Sslangor FC juga turut melakar kejayaan membanggakan apabila merantai jaguh Thailand, Buriram United di gelanggang lawan dengan keputusan 1-1 pada aksi pembukaan.
Kemas kini laman Opta Analyst menunjukkan bahawa JDT terus unggul selaku pasukan ke-10 terbaik di Asia dengan 80.6 mata (ke-211 di dunia).
Selangor kendalian Katsuhito Kinoshi pula turun ke tangga 115 di Asia dengan 70.2 mata (1088 di dunia) selain merupakan pasukan kedua terbaik dari Malaysia.
JDT merupakan wakil tunggal Malaysia pada aksi AFC Champions League Elite (ACLE) manakala pasukan Gergasi Merah itu pula pada kempen AFC Champions League Two (ACL2).
Buriram United bakal menjadi lawan pertama JDT pada kempen ACLE pada 16 September dengan Selangor bakal menentang Bangkok United pada 18 September 2025.