Kelana United mendapat sentuhan gabungan pemain dari Malaysia & Indonesia untuk cabaran kelab tersebut ke Asia.
Kelana United berpangkalan di Kelana Jaya, Selangor adalah kelab bermain di Liga Selangor dan dibimbing oleh bekas pemain Selangor, Fairuz Montana.
Skuad tersebut telah membuka kempen Kelayakan Asian Women Champions League dengan keputusan seri ketika menentang pasukan dari Kyrgyzstan pada Isnin.
Ini menandakan kualiti pemain-pemain Malaysia dan Indonesia yang digabungkan menjadi kerana pemain dari skuad Kyrgyzstan tersebut mempunyai fizikal lebih baik dari kelab Kelana United.
Kelana United membawa 26 pemain ke Kelayakan Asian Women Champions League dengan 20 pemain dari Malaysia dan 6 dari Indonesia.
Antara pemain-pemain pemain dari Malaysia adalah Diana Syafiqah, Nur Amerah dan Fatihah Anum manakala beberapa pemain Indonesia seperti Viny Silfianus, Helsya Maeisyaroh dan Sheva Imut.
Kelana United bakal meneruskan aksi dalam pusingan Kelayakan tersebut dengan menentang kelab dari Singapura, Lion City Sailors pada Khamis.