Jurulatih baharu Ulsan HD, Shin Tae-yong terus dirudung nasib malang pada permulaan di sana.
Pengendali berpengalaman itu pulang ke negeri kelahirannya bagi menggantikan posisi jurulatih terdahulu iaitu Kim Pan-gon susulan prestasi kurang memberangsangkan.
Sungguhpun bermula dengan langkah kanan apabila menewaskan Jeju dengan keputusan 1-0, nasib Ulsan HD bagaimanapun dihimpit malang apabila tewas dua perlawanan berikutnya.
Suwon memberikan kekalahan pertama buat Tae-yong dengan keputusan 4-2 sebelum Seoul memberikan kekalahan kedua buat Ulsan HD dengan keputusan 3-2 sekali gus jatuh ke tangga kelapan selepas 27 perlawanan.
Jurulatih berusia 55 tahun itu meletakkan kesebelasan terbaik pada perlawanan di Stadium Seoul World Cup itu namun tiga jaringan masing-masing daripada Jun Choi, Hwang Do-yoon dan juga Cho Young Wook memastikan kemenangan buat pasukan lawan.
Juara bertahan K-League itu bakal berdepan tugasan berat apabila bakal menentang pendahulu liga, Jeonbuk Hyundai sebelum satu lagi pasukan, Pohang Steleers menanti.
Ulsan HD bakal menjadi wakil Korea Selatan pada aksi AFC Champions League Elite (ACLE) dengan kelab China, Anyang menjadi lawan pertama pada 21 September 2025.