Harimau Malaya Panggil 29 Pemain Hebat Hadapi Singapura & Palestin
MakanBola
Malaysia NT

Harimau Malaya memanggil 29 pemain menjelang aksi persahabatan dengan menentang Singapura & Palestin pada September.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 29 pemain yang dipanggil Peter Cklamovski untuk kem kali ini.

Antara pemain yang dipanggil memperkuat skuad kebangsaan ialah Syihan Hazmi, Joao Figueiredo, Facundo Garces, Arif Aiman dan Faisal Halim.

Kem kali ini turut menyaksikan Suhaimi Husin kembali tersenarai dalam skuad Malaysia. Kali terakhir beliau bersama pasukan kebangsaan adalah pada Mac 2024.

Penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin berpeluang meraih penampilan pertama bersama Harimau Malaya bagi aksi ini.

Malaysia bakal memulakan kem latihan pada 1 September di Kuala Lumpur. Skuad Harimau Malaya bakal bertemu Singapura terlebih dahulu sebelum menentang Palestin pada 4 & 8 September bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Sultan Ibrahim.