Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski telah memanggil khidmat pemain warisan negara, Richard Chin.
Tonggak berusia 22 tahun itu kini beraksi di Scotland bersama Raith Rovers FC setelah melengkapkan perpindahan dari Farnborough pada Julai yang lalu.
Bekas pemain Charlton itu merekodkan 7 jaringan bersama Farnborough daripada 42 perlawanan setelah beraksi selaku pemain sayap berbanding pertahanan kiri sebelum ini.
Pengumuman oleh Malaysia NT menyaksikan nama pemain muda berbakat ini tersenarai dalam kalangan 29 pemain yang bakal ke kem latihan pusat pada Isnin, 1 September 2025 ini.
Beliau tersenarai bersama-sama tiga lagi pemain baharu iaitu Sergio Aguero (Kanchanaburi Power), Azam Azmi dan Suhaimi Husin (Terengganu).
Malaysia bakal berdepan pasukan ke-159 dunia, Singapura pada aksi persahabatan Tier 1 pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 9.00 malam pada 4 September.
Ujin kedua skuad kebangsaan bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim apabila bakal menentang Palestin pada Isnin, 9 September 2025