Kuching City berjaya diikat oleh skuad Negeri Sembilan walaupun ketinggalan 2 jaringan bagi aksi Liga Super minggu ke 4 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada Jumaat.
Pasukan tuan rumah, The Jangs menurunkan Azri Ghani di bahagian penjaga gol dan Takumi Sasaki menggalas lilitan kapten pasukan manakala Jovan Motika mengetuai jentera serangan.
Sementara itu, Kuching City membariskan Haziq Nadzli di benteng gawang dan Rodney Celvin sebagai pertahanan manakala James Okwuosa memimpin pasukan Borneo tersebut bagi perlawanan ini.
Pasukan pelawat, Kuching City tidak menunggu lama untuk membuka akaun jaringan hasil ledakan berbisa oleh Danial Asri pada minit ke 7′ perlawanan.
Skuad Negeri Sembilan yang tersentak dengan jaringan awal tersebut terus melancarkan beberapa serangan berbahaya ke arah gawang Kuching City namun ketangkasan Haziq Nadzli harus diberi pujian.
Memasuki minit ke 40′ kedudukan masih didahului oleh pasukan pelawat, Kuching City walaupun berdepan tekanan bermain di stadium pelawat.
Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-1 memihak kepada pasukan pelawat, Kuching City.
Bersambung babak kedua perlawanan, skuad tuan rumah, Kuching City terus melancarkan beberapa serangan berbahaya ke gawang skuad Negeri Sembilan bagi memperoleh gol kedua perlawanan.
Kuching City sekali lagi menembusi gawang skuad Negeri Sembilan oleh Ronald Ngah Wanja seawal 3 minit pertama separuh masa kedua.
Selepas itu, Negeri Sembilan terus meningkatkan intensiti permainan dengan terus mengasak kubu pasukan Kuching City bagi memperoleh gol pertama untuk menaikkan semangat pasukan tuan rumah.
Memasuki minit ke 70′ kedudukan masih didahului oleh pasukan pelawat, Kuching City dengan dua jaringan meskipun berdepan tekanan serangan dan penyokong Negeri Sembilan.
Skuad Negeri Sembilan berjaya memecahkan gawang skuad Kuching City dengan gol pertama pada minit ke 79′ menerusi Joseph Esso.
Pasukan tuan rumah terus mengasak kubu pasukan Kuching City bagi mendapatkan jaringan tambahan untuk mengikat pasukan Borneo tersebut.
Luis Enrique berjaya mengikat kedudukan perlawanan dengan meledak jaringan pada minit ke 94′ bagi memastikan pasukan Negeri Sembilan membawa pulang 1 mata penuh.
Perlawanan tamat dengan keputusan terikat 2-2 di antara Negeri Sembilan menentang Kuching City di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada Jumaat.