Senarai Penuh 9 Pemain Import Penang
MakanBola
Penang FC

Penang FC dilihat sudah mempunyai sembilan tenaga import untuk mengharungi musim 2025/26.

Semakan di platform Sistem Pengurusan Pertandingan (CMS) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyaksikan sembilan pemain tersenarai.

Sembilan pemain tersebut ialah kapten, Stefano Brundo, Tchetche Kipre, Danilo Sipovac, Dylan Wenzel-Hall, Lim In-kyu, Bruno Suzuki, Thiago Fernandes Oliveira, OJ Porteria dan Faith Obilor.

Obilor dan Porteria merupakan dua pemain import terbaru yang dibawa untuk memperkuat pasukan yang dibimbing Wan Rohaimi Wan Ismail itu.

Kedua-duanya bukan asing dengan saingan Liga Malaysia (Liga M). Obilor pernah mewakili PDRM FC untuk musim 2024/25.

Porteria pula pernah mewakili pasukan Pantai Timur, Kelantan United FC (kini Kelantan The Real Warrior FC (KTRW FC)) pada 2023.

Khidmat sembilan pemain ini ditagih untuk membantu Penang tampil lebih cemerlang dalam liga. Ketika ini, Sang Harimau Kumbang kini di tangga ke-11 dengan satu mata selepas mengharungi empat perlawanan.

Selepas tewas 1-0 kepada Kelantan TRW, Penang berharap dapat bangkit dalam aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 28 September.