Malaysia Umum Senarai Akhir Pemain Ke Kelayakan Piala Asia B-23
MakanBola
Malaysia NT

Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) mengumumkan skuad akhir yang akan menggalas cabaran ke pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2026.

Ini selepas pengurusan skuad kebangsaan mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang dipilih jurulatih, Nafuzi Zain.

Hampir kesemua pemain yang dipilih beliau beraksi dalam saingan Piala Mandiri B-23 ASEAN 2025. Antara nama yang dikekalkan ialah Ubaidullah Shamsul Fazili dan Aysar Hadi Mohd Shapri.

Selain itu, Nafuzi turut mengekalkan Fergus Tierney, Haykal Danish Mohd Haizon, Danish Hakimi Sahaludin dan Aliff Izwan Yuslan.

Satu muka baru dipanggil bekas pengendali Terengganu FC itu iaitu Moses Raj. Sebelum ini, Moses tidak menyertai mana-mana kem termasuk skuad yang beraksi dalam Piala Mandiri B-23 ASEAN.

Malaysia beraksi dalam Kumpulan F bersama tuan rumah, Thailand, Mongolia dan Lubnan. Skuad negara akan membuka kempen menentang Lubnan pada 3 September.

Ini disusuli aksi menentang Mongolia pada 6 September dan Thailand (9 September). Kesemua perlawanan akan diadakan di Stadium Thammasat.

Hanya juara kumpulan dan naib juara kumpulan terbaik saja yang layak ke Piala Asia B-23.