Kapten PDRM Ubah Haluan Ke Terengganu?
MakanBola
PDRM FC

Kapten PDRM FC, Kyaw Min Oo dilaporkan telah berhijrah ke Terengganu FC pada hari terakhir tetingkap perpindahan pertama musim 2025/26.

Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi memaklumkan sebuah pasukan Liga Super berminat mendapatkan bek tengah Myanmar berusia 29 tahun itu.

Walau bagaimanapun, Fadhirul tidak menyatakan identiti kelab yang berminat mendapatkan Min Oo.

“Difahamkan sebuah kelab Liga Super berminat untuk dapatkan khidmat kapten PDRM FC, Kyaw Min Oo. Tempoh pendaftaran pertama pemain Liga M 2025/2026 bakal berakhir sebelum 12 tengah malam ini (semalam),” katanya di X.

Kini, wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran mendedahkan kelab tersebut ialah kelab Pantai Timur, Terengganu.

“Terengganu difahamkan telah menandatangani kapten PDRM dan orang besi Myanmar, Kyaw Min Oo,” katanya di X.

Sekiranya khabar ini benar, ini menunjukkan kesungguhan Terengganu mengatasi isu kerapuhan benteng mereka.

Ini kerana mereka sudah dibolosi sebanyak lapan kali dalam lima perlawanan Liga Malaysia (Liga M). Ini termasuk kekalahan 5-2 dalam liga di tangan Selangor FC baru-baru ini.