Live: Malaysia vs Singapura, Kesebelasan Utama & Siaran TV Persahabatan Tier 1
MakanBola
Malaysia NT

Saksikan pertemuan antara Malaysia vs Singapura dalam aksi persahabatan Tier 1 pada Khamis di dua saluran ini.

Pasukan Harimau Malaya akan turun dalam aksi pemanas badan bertemu Singapura di Kuala Lumpur sebagai salah satu persiapan sebelum hadapi Kelayakan Piala Asia pada Oktober.

Begitu juga dengan Singapura yang hadir ke Malaysia kali ini untuk mempersiap pasukan sebelum menentang India pada Oktober hadapan dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027.

Menurut Peter Cklamovski, pasukan Singapura memiliki para pemain yang berkualiti dan berupaya untuk memberikan satu cabaran istimewa buat anak-anak buah beliau dalam aksi kali ini.

”Singapura satu pasukan bagus. Kita hormati kerana mereka memiliki pemain-pemain yang bagus dan saya teruja dengan cabaran yang akan ditunjukkan dalam permainan mereka,” komen Peter Cklamovski.

Kemenangan pada perlawanan bertemu Singapura ini akan membantu Malaysia menambah kutipan mata ranking FIFA sebanyak +3.86 dan melonjak tangga ke-123 dunia untuk seketika.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Singapura

Info Siaran Langsung Malaysia vs Singapura

Tarikh: 4 September 2025 (Khamis)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil
Siaran Langsung: Astro Arena Bola dan TV Sarawak.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.