Pemain Korea Selatan Terima Bonus Lebih RM8 Juta
MakanBola
Korea FA

Pemain skuad kebangsaan Korea Selatan bakal menerima bonus sebanyak dua bilion won (RM8.2 juta).

Korea Football News melaporkan keputusan itu dibuat Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) baru-baru ini.

Insentif ini diberi sebagai tanda penghargaan kepada semua pemain yang menyumbang kepada kejayaan Korea Selatan layak ke Piala Dunia 2026.

Agihan bonus akan diberi kepada 57 pemain yang dipanggil menyertai Pahlawan Taeguk sepanjang tempoh kelayakan Piala Dunia Zon Asia.

Agihan bonus dibuat bergantung kepada sumbangan pemain buat Korea Selatan sepanjang tempoh tersebut.

Sesetengah pemain seperti kapten, Son Heung-min berpeluang menerima agihan bonus sehingga 100 juta won (RM303,000).

Korea Selatan layak secara merit selepas muncul juara Kumpulan B dengan 22 mata. Anak buah Hong Myung-bo juga kekal tanpa kalah sepanjang pusingan ketiga kelayakan.

Pemain tengah Mainz 05, Lee Jae-sung dan penyerang KRC Genk, Oh Hyeon-gyu muncul penjaring terbanyak bersama Pahlawan Taeguk dalam pusingan ketiga kelayakan dengan empat gol.