Pertembungan Malaysia menentang Singapura pada aksi persahabatan Tier 1 2025, September ini mencuri tumpuan.
Skuad kendalian Peter Cklamovski telah mengumumkan senarai 29 pemain bagi menghadapi tentangan The Lions di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Pasukan kebangsaan mempertaruhkan barisan terbaik manakala lawan yang berada pada ranking ke-159 dunia itu turut membawa tujuh pemain luar negara bagi menghadapi Harimau Malaya.
Antara pemain yang dimaksudkan ialah trio Fandi – Irfan, Ikhsan dan Ilhan termasuklah duo Stewart – Ryhan dan Harys bersama-sama Emaviwe, Gallagher dan Nakamura.
Jurulatih interim, Gavin Lee memiliki tugas berat apabila perlu memulihkan reputasi Singapura sungguhpun mencatatkan kemenangan dalam dua aksi terakhir menentang Bangladesh dan Maldives.
Singapura merekodkan hanya dua kemenangan daripada lapan aksi termasuklah empat kekalahan dan dua seri.
Malaysia pula memiliki reputasi cemerlang selepas membelasah jaguh Asia Tenggara, Vietnam dengan keputusan 4-0 selain mendapatkan sentuhan lima pemain warisan pada kem kali ini.
Aksi Malaysia vs Vietnam dijadualkan berlangsung pada Khamis, 4 September di Bukit Jalil jam 9.00 malam.