Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan membawa bekas bintang Barcelona, Gerard Pique melawat Stadium Sultan Ibrahim.
Menerusi sebuah hantaran di laman Johor Southern Tigers, kelibat Gerard Pique yang juga pemenang Piala Dunia 2010 dibawa melawat Stadium Sultan Ibrahim oleh Baginda pada Selasa.
”Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor membawa Gerard Piqué, bekas pemain antarabangsa Sepanyol dan kapten FC Barcelona melawat Stadium Sultan Ibrahim pada hari ini, 2 September 2025.”
Gerard Pique yang pernah beraksi buat Manchester United itu dimaklumkan berada di Johor minggu ini dan singgah ke Arena Larkin sebelum berkunjung ke laman keramat Harimau Selatan.
Malah, beberapa perkara turut dibincangkan seperti peluang dan potensi bagi mengatur aksi persahabatan antarabangsa kelab di Stadium Sultan Ibrahim kelak selain kerjasama dalam setiap aspek.