Jurulatih Singapura Fokus Dua Misi Penting Bertemu Malaysia
MakanBola
FA Singapore

Dua perkara menjadi fokus penting jurulatih Singapura, Gavin Lee menjelang aksi persahabatan menentang Malaysia.

Pertembungan antara Malaysia dan Singapura pada Khamis ini bakal menjadi tumpuan ramai dengan kedua-dua negara menjadikan aksi kali ini medan ujian sebelum Kelayakan Piala Asia pada Oktober.

Singapura mempertaruhkan skuad terbaik mereka dengan 7 pemain luar negara bersama tonggak liga tempatan menjadi taruhan jurulatih The Lions, Gavin Lee untuk hadapi Harimau Malaya.

Oleh itu, Gavin Lee mahu pemain Singapura memberi fokus terhadap persembahan di atas padang terlebih dahulu dan ingin bakal membawa kepada keputusan yang positif pada aksi menentang Malaysia.

“Ada dua perkara (untuk aksi ini) iaitu persembahan pasukan dan keputusan perlawanan. Hakikatnya keputusan ini adalah perkara yang tidak boleh dijangka serta banyak benda boleh mempengaruhinya.”

”Tapi apa yang kami boleh kawal ada persembahan pasukan dan ini adalah perkara yang kami fokuskan 100%,” ujar Gavin Lee ketika sesi sidang media.

”Semakin banyak perkara positif kami bawakan ketika di atas padang, semakin dekat kami dengan keputusan yang baik.”

Malah, jurulatih berusia 34 tahun ini juga meramal beberapa insiden akan berlaku dan mahukan para pemain untuk kekal bersatu memberi respon positif demi persiapan lebih besar pada Oktober nanti.

“Kami tahu perlawanan malam esok (Khamis) akan jadi aksi yang sukar, akan berlaku momen yang tidak menyenangkan tetapi bagaimana respon kami terhadap insiden ini akan jadi perkara yang kami perlu bagi aksi Kelayakan Piala Asia nanti.”

Aksi Malaysia vs Singapura akan berlangsung pada Khamis, 4 September di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sepak mula perlawanan dijadualkan tepat jam 9 malam.