Dion Cools Bawa Pengalaman Berbeza Bantu Harimau Malaya
MakanBola
MALAYSIA NT

Pertahanan kental Malaysia, Dion Cools sedia membawa pengalaman berbeza untuk membantu Harimau Malaya dalam aksi persahabatan menentang Singapura.

Dion Cools sudah berkelana di beberapa negara seperti Belgium, Denmark, Republik Czech dan Thailand sebelum menyertai kelab di Jepun.

Beliau baharu menyertai kelab Liga Jepun, Cerezo Osaka pada bulan 3 tahun ini dijangka akan menunjukkan aksi berbeza bersama skuad kebangsaan bagi perlawanan persahabatan September ini.

Dion Cools telah melakukan 6 penampilan bersama skuad Cerezo Osaka setakat ini dengan 422 minit perlawanan di Liga 1 Jepun.

Menurut Dion Cools, beliau berharap dapat memberi sedikit pengalaman kepada pemain-pemain Malaysia tentang bola sepak di Asia.

“Saya rasa Liga Jepun merupakan liga terbaik di Asia untuk bermain di sana setiap minggu.

“Saya mungkin mempunyai sedikit pengalaman yang tidak dipunyai pemain lain. Saya berharap dapat membantu pasukan dalam dan luar padang,” kata Dion Cools ketika sidang media sebelum perlawanan persahabatan menentang Singapura.

Malaysia bakal bertemu Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 September bagi aksi perlawanan persahabatan.